Posts

Showing posts from 2017

CHILDHOOD (I)

Image
Sorry for our nerdy faces. That boy and girl yang paling kecik tak terlibat dalam cerita ni. Btw, gambar ini dipilih atas dasar kecomelan diriku. Hiks. OK, joking.👌 -MAAF- I am really sorry because it’s been a while since my last update. Kemalasan melanda lah katakan.  Sebagai gantinya, let me share a story of my childhood yang tak pernah lekang dari ingatan aku sampai hari ini. Aku ada satu pengalaman paling gila sekali dalam hidup kanak-kanak aku. Haha. Boleh kata paling F-up sekali ahh. I guess I was only 3 or 4 that time. Masa tu, my family tinggal dekat KL. Yup , Sungai Besi ( that pic on my IG ). Kami duduk rumah flat tingkat 12. I don’t really know ayah punya kerja masa tu. Maybe ayah still dalam kastam. Ummi, surely cikgu (malas nak tanya sekolah mana). Both kerja ikut office hour. Me , my sis and lil bro stay dengan bibik kat rumah every time they work . And of course , I don’t like the bibik plus I don’t know why my ...

HARAPAN

“Jika mereka dapat menakluki dua pertiga dunia, tidak mustahil  putera dan puteri Al Irshad  mampu menguasai  satu dunia ,” - Ustaz Suhaizi Semail Satu ungkapan ringan yang mendukung seribu satu makna yang terselindung. Namun disebalik itu, ungkapan ini membawa sejuta harapan tersirat yang dicitakan oleh penuturnya. Ya, harapan. Aku yakin harapan ini bukan sahaja terbit daripada hati dan lisan si penutur tapi lebih daripada itu. Ungkapan ini mungkin- atau pasti- terbit dalam benak para asatizah serta tenaga mualim di Al Irshad - diimpikan oleh sepasang suami isteri yang setia berkorban untuk melihat sebutir permata yang ditatang oleh mereka bersinar - dan menjadi impian seluruh masyarakat majmuk yang hidup terumbang-ambing di kota penuh pancaroba ini, Malaysia, negara aku. Bagi aku, frasa  ‘menguasai satu dunia’  itu agak mengganggu fikiran. Makna frasa ini boleh jadi sama erti dengan…- (Secara jujurnya, aku tak buat research. Aku tulis a...

"GANGGU"

Jujur, aku tak suka bila perasaan ni muncul. Tak sedap hati, rasa nak nangis, rasa nak marah, rasa takut, rasa stress, hilang arah. Aku tak tahu kenapa perasaan ni wujud. I need to be peace and calm. Kena kawal. Takut jadi benda lain. Ketenangan, bukan senang nak dapat. Kena cari sendiri. ‘Dia’, satu-satunya orang yang aku cari bila jadi macam ni. Aku tahu aku perlukan dia. Aku tenang dengan dia. Berkat, mungkin? Perasaan ni, buat aku rasa “terganggu”, rasa lain macam. Seolah-olah ada benda lain. Tapi aku tak pasti. Aku cuba positif. Mungkin perasaan aku je. Apa yang pasti, aku tak suka rasa ni. >>>>> <<<<< “Budak Irshad ni biasalah. Bila time nak dekat-dekat exam ni macam-macam nak jadi. Biasalah, stress. Bila dia stress, nanti mulalah. Tiba-tiba menjerit. Tu yang kecoh satu sekolah tu. Selalunya pelajar puterilah yang akan jadi,” Kata-kata Ustaz Shahril tiba-tiba menyelinap dalam fikiran aku. Betul ke boleh jadi macam tu? Sebab st...

PERCAYA

Image
Kata orang,  "Trust nobody" Aku masih tercari-cari makna kata ini. Kepercayaan. Bukan senang didapati. Tonggak utama dalam sesuatu perhubungan. Faktor pertama amanah dilepaskan. Once, kepercayaan itu sirna, pujuk rayu kau tak ada guna. Jangan remehkan sesuatu yang bagi seseorang itu, lebih daripada sesuatu. Bagi aku, kepercayaan itu sesuatu, yang maknanya seluas beribu batu. Jujur, aku mudah percayakan seseorang yang aku anggap boleh dipercayai. Kerana itu, aku mudah tertipu. Tertipu dengan kepercayaan aku sendiri. Kecewa-sedih-marah? Namun masih kepercayaan aku direndahkan. Bukan sekali, tidak yang kedua. Rasanya dah banyak aku beri kau peluang... berbicara-aku percaya-kau dusta. AWAS! Bila aku dah tak percaya. "..." >>>>> <<<<< "Weh, kau percaya ke yang aku cakap semalam? Hahahaha..." "Kau tipu aku ke?" "Yang kau percaya asal? Hahaha..." "......

PAT*

Image
"Macam mana exam? Boleh jawab?" Ummi tanya. "Bolehlah.." Jawapan cliche aku setiap kali orang tanya pasal exam. Malas nak jawab lebih-lebih. Pejam celik pejam celik, PAT dah habis. Exam yang menguji ketahanan mental dan fizikal aku. Exam yang soalannya paling mencabar since it include semua bab Form 2. Exam yang buatkan aku study macam betul-betul student perlu study. Penat? Kegilaan apakah kalau tak penat. Tapi aku tahu it's going to be worth it. Sabar.  Antara subjek yang aku rasa Insya-Allah ada harapan sikit untuk dapat better marks daripada PPT** termasuklah, KH, B.Arab, Math and Science. Bukan sebab aku expert ke apa, cuma sebab senang lagi daripada  PPT haritu. Next year Form 3, PT3, study. Tahun depan dah lain. Lebih strict. Tuisyen, extra class, stay up. And time Form 3 adalah zaman diantara you're being lower or upper students. Nak still kebudak-budakan atau dah start mature. Kau pilih. And aku pretty sure tahun depan akan jadi extra ext...

HIJRAH

Betullah kata orang, HIJRAH tu bukan senang. Lebih-lebih lagi bila kau kena hijrahkan orang lain sekali dalam proses menghijrahkan diri sendiri.  Payahnya hijrah ni. Aku nak jadi diri sendiri, tapi dalam masa yang sama, aku nak jadi lebih baik. Tak semudah itu. Aku pernah cuba dan aku pernah rasa manisnya hijrah. Tapi sekejap je. Lepas tu hijrah aku hilang. Aku assume sebab persekitaran aku yang buatkan aku tinggalkan hijrah. Aku terpengaruh. But I'm pretty sure my intention is everything wrong. Jadi tajdid niat. Betulkan apa yang salah dan biasakan. Insya-Allah, kita akan temukan hijrah bersama. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Hai Deeb! Moga awak terus istiqomah dlm perubahan. Ignore those pe...

RECENTLY

Image
I don't know what to post actually. During this week I've got so many ideas to publish and I've wrote them in my book. But, at the end of the week, like wednesday something, my life was been distracted by so many little shitty trash things and my mood goes down deep in the earth. Guys, I am so sorry about everything that happened recently and I hope you guys manage to forgive what I've done. I admit all my wrong-doings through this week. For those who just can't forgive me, I'll accept all of your bad perception on me. But I'm still hoping you guys could forgive me . I will tell you guys later on what happened recently when I've got my good mood back. 'If I got it'... ok? It is a long story and difficult day of my life. But who am I to deny it, right? If you be in my shoes, feel what I've felt, face what I've been go through and stay still on your point without even moving when some people are scolding, throwing a condemnation ...

EXCLUSIVE

Image
We are exclusive. So be exclusive. Don’t look easy. In fact, taking good care of ourselves is just really hard. Thus, how can we just let ‘em see us as an easy girls?

N.O.C.K.

Image
One fine '*kultim' and i come out with an idea. Just a reminder to myself before open my mouth. * kul iah ti ga m init

PENAT

Image
Penat jadi baik, Hati orang aku jaga, Hati aku terbiar saja, Tak apa, aku jaga dua-dua. Penat jadi baik, Di bibir senyum terukir sentiasa, Di hati aku saja yang terasa, Manusia, tak lelah mencerca. Penat jadi baik, Aku pura-pura kuat, Sebenarnya aku dah tak larat, Kalau boleh aku nak pergi cepat-cepat. Serious aku cakap, Aku dah penat jadi baik. Tapi..., jadi jahat bukan pilihan. AKU YANG TENTUKAN -byDAB

6♡

Image
Enam gadis bakal remaja gila-gila satu kepala. Dua tahun bersama rasa tak akan cukup. Aku harapkan tiga tahun, mungkin lebih. Dalam diam kita bina kekuatan tersendiri. Walau tak ramai, enam sudah memadai. Kita memahami bila cita rasa tidak sehaluan. Walau bukan selalu terukir senyuman, sekurang, pernah. ********************************************************************************* Aku suka bila pergi mana-mana, kita berenam. Rasa complete. Rasa macam aku dah tak perlukan orang lain dalam hidup ni. Sebab? Sebab aku sayang korang. Dulu aku tak tahu 'berenam' tu wujud. Lepas tu, seorang demi seorang mula sedar kewujudan 'enam'. Walaupun not in the official way. Honestly speaking, aku bahagia. Kita melengkapi one another. Bila aku buat salah, korang tegur. Bila aku buat lawak, korang tolong gelak. Bila ada masalah, korang yang datang dulu. Korang support dari belakang. Pernah sekali tu, aku rasa down gila. Tapi ada tangan-tangan yang tarik. Bagi semangat. Siapa? ...

WIN

O nce upon a time, I had a few peaceful conversations with some random human untill  this line came out... "Payah ahh budak pandai..." Serious, berdesing telinga aku dengar ayat ni. Ayat cliche yang digunakan bila kau dah hampir nak kalah. Kau serang aku dengan senjata yang aku tak ada penampannya. Kelu. Aku nak jawab apa? "Yes. Aku memang pandai pun," Or... "Ehh, janganlah cakap macam tu. Kita sama je" LOL. Kau ingat aku ada masa nak fight dengan orang yang gunakan kelebihan aku untuk menang. But I will suggest you to be yor own self. Be like you always do. Bila difikirkan balik, apa motif kau cakap macam tu? Bagi aku, 1) kau tahu yang aku tak boleh jawab "aku memang pandai". Kau nak aku come out with no answer. Then, you win. 2) kalau aku jawab "aku memang pandai", you will and you want to say yang aku ni berlagak, riak, takkabur, ujub, suma'ah segala bagai. Again, you win. Come on, friends (more than a person eih?) K...

BENCI

Image
Aku tahu beza benci dan sayang. Jadi jangan memperbodohkan aku dengan ayat... "Dia marah sebab dia sayang." Aku tahu beza marah sebab sayang dan marah sebab benci. Aku dah pernah rasa dua-dua. BERBEZA. Tak sama. "Dia ni memang tak gunalah," "Menyusahkan aku je kerja dia," "Aku dah lama geram dah dengan dia ni," (not the exact words, but kind of.) Itu benci. Bukan sayang. Dan benci tu buat aku lagi benci. Jujur aku kata, aku susah nak benci. Paling teruk pun, aku akan kata... "aku tak suka..." Jarang nak kata... "aku benci..." Seriously. Kau dalam zon bahaya. Aku dah benci. Susah nak rawat. Kalau kau berani, cuba buat.

K

Kadang-kadang, bila kita cakap kita tak sedar yang kita dah guris hati si pendengar. Senyap menghiris. Tapi, pisaunya tajam, lukanya dalam. Kawan, Hati-hati. Andai diri tak memaafi. Takut tak bertemu di alam nanti. Nasihat aku, jangan guna K .

Tomorrow

Zip up, keep calm and stay steady. There's another day to face with all of your heart, mind and soul. But don't forget... always bring your faith&#128522;

Àĺphă

Becoming a strong person is much different. For once, I hope not being strong anymore. But I failed. Because life is leading me along the flow and stop at the point where I should stand. I am strong. Strong enough to ignore those weaker who's pull me down. I heard they say... "Watch out! There's an ALPHA GIRL!" At last, I win.

Genggam

Hati, raja kepada jasmani. Pemilik seribu satu rasa. Teman setia sang jiwa. Akal, pemerintah diri. Yang paling bijak, paling bestari. Punya waras tidak ditandingi. Dua entiti yang paling utama buat diri. Saat mereka sehaluan, kau yang paling benar. Bila mereka tidak satu tujuan, jaga-jaga, kau yang akan rasa pinar. Kata orang, berpeganglah pada hati. Kerana hati, bahagia rasa diri. Katanya pula, ikutkan tunjuk akal. Dengan akal, kau pasti rasa kebal. Ghairahnya bertikam lisan akibat dua alasan. Implikasinya, kau sendiri rasa kesal. Kau punya hati dan akal. Namun kedua-duanya terselindung disebalik hijab manusiawi. Tidak jelas di mata, tidak rasa disentuh. Pesan pada diri, kita punya satu lagi. Dengan izin Ilahi, kekal abadi. Iman. Kau genggam biar utuh. Tidak jadi sebab akal dan hati mati.

Hanyut

Kadang, aku rasa aku je yang betul. Tapi, aku salah. Bukan semua kata aku betul. Perlu terima juga pendapat orang lain. Aku ni, senang terpengaruh dengan persekitaran. Kena pandai bawa diri. Kalau ralit, ... hanyut.

LEKA

Membaca. Hobi mungkin? Sekadar isi masa lapang. Salah satu aktiviti yang paling digalakkan untuk semua kanak-kanak dan remaja macam aku. Kata mereka, to gain knowledge. To improve one's tatabahasa, grammar dan nahu. Aktiviti yang bagi manfaat pada semua orang. TAPI.. Bukan aku. Bukan aktiviti yang bermanfaat untuk aku. Kenapa? Aku yang tanya. Aku yang akan tentukan jawapan. Based on my experience, aku gagal untuk dapatkan manfaat dari membaca. Correction, Bukan tak dapat manfaat dari apa yang aku baca. Tapi tak dapat manfaat dari aktiviti tu. Dan kegagalan aku untuk dapatkan manfaat tu, buatkan aku benci membaca.  Sebab aku membaca, semua benda ni terjadi! Salah aku. Kerana dihamparkan dengan sajian fantasi khayalan nukilan penulis cerita. Aku leka. Tanpa aku sedar, membaca buat aku jauh dari dunia nyata. Buat ku makin berbeza. Tidak endah hal berlaku di alam manusia. Aku cuba renungi pada apa silap aku lakui. Aku telusuri definisi hobi yang sebenar. ...

اللغة

Aku bukan orang seni, Atau pencinta alami, Apatah lagi kulinari, Sains dan Matematik, Sukar nak kuasai, Sekurangnya aku cuba, Cuba dalam gelita, Dalam gelita aku meraba, Meraba mencari pelita, Sekarang aku sedar, Aku punya lebih dari segala, Bakat kurniaan Rabbi, Akan cuba ku selami, Dengan prosa, kata dan bahasa, Aku ukir satu persatu Dalam jiwa mencari ilmu Hingga capai tujuan itu Metafora, hiperbola jadi permainan Aku kaji, aku gali, aku fahami Ku ungkap semua rasa dalam satu madah Menjadi bukti kukuhnya cinta aku pada al-lughati

It's been so long~

It's been so long since my last update. Tak lah lama sangat. Maybe sibuk. Nak kata exam, dah lama dah. Lepas tu cuti dua minggu. Tak update apa-apa pun. Malas kot. Atau sebab puasa? Mereput je kat rumah. Homework tak sentuh, apa-apa pun tak buat. Rasa bersalah. Sebab dah buang banyak gila masa waktu cuti 2 minggu tu. Banyak juga lah aku nak story kat sini. Tapi nak kena balik asrama dah. Maybe aku akan update balik minggu depan. Time cuti raya. Don't worry. Aku raya dekat rumah tahun ni. Boleh update bila-bila masa je. Okay, deal eik? Balik minggu depan aku upadate lagi. Insya Allah.

CAKAP

Kawan-kawan aku ramai yang kata aku banyak cakap. Yup, aku memang banyak cakap. Rasa macam bercakap tu adalah satu hobi dan kemestian bagi aku. Kalau sehari tak dapat sembang kencang, memang tak sah. Rasa incomplete. Bukan nak riak, tapi honest, samapai sekarang orang still kata aku pandai bercakap sebab percakapan aku lancar. Tak kurang juga yang cakap confident level aku tinggi. senang nak bercakap depan orang. Tak takut. Suara tak tersekat or bergetar or pecah. Boleh kata, aku bercakap dengan smooth and clear. Tu kata orang. Pendapat diorang. Tapi dalam masa yang sama, some of my friend feel uncomfortable with my habit of speaking too much in one time. Diorang rasa perkara tu menganggu diorang. Aku pun tak faham juga kenapa orang tak suka aku cakap banyak. Mungkin aku cakap keterlaluan sampai diorang naik muak dengar aku bercakap sebab kadang-kadang aku bercakap tanpa arah tuju. Muncul satu topik dalam kepala, aku kupas. Idea pun banyak. Maybe tu yang buat people tak selesa. ...

When I want, I will

Image
Bukan selalu spend time tengok drama Korea. I'm not really into the Korean drama... cuma feeling drama ni lain sikit... Drama ni ada feel Sassy Go Go, Marriage Not Dating, Refresh Man and sort of drama-drama yang ada friendship goals macam ni. Just hoping for one day... rasa nak jadi penulis skrip and tulis skrip drama sendiri...Hohoho, daydreaming. But, when I want, I will. However, dreams ada limitation. Mana boleh afford too many dreams in one situation. So just be yourself in any condition that you are facing. But, never stop daydreaming because every achieve comes from dreams and dreams start from daydreamings😊.

QOWIY!!!

Satu perkataan yang mampu buat diri ini bangkit dari kesedihan, kekecewaan atau keperitan hidup. Ada sorang kawan aku ni, yang bila dia nampak aku tgh down atau sedih atau hampir tewas, dia akan sebut perkataan ni. "Qowiy! Aku tahu kau kuat nak hadap semua ni. Jadi, kuatlah selagi mampu" Dia jugak yg selalu kata dia x pernah jumpa org yg setabah aku. Dia org pertama yg ckp... "Kau ni kuatlah, maksud aku kuat dari segi mental. Aku tengok ramai orang yang perlecehkan kau. Diorang bash kau. Diorang ignore kau. Diorang cakap macam-macam dekat kau. Tapi kau x pernah tarik muka. Tak pernah marah balik. Tapi kau anggap semua tu sebagai satu jenaka manja diorang. Kau siap boleh gelak lepas tu. Kalau aku jadi kau, mesti aku dah nangis. Yela, sedih bila kawan sendiri cakap macam tu. Tapi kau, kau tak pernah even buat muka pun. Macam mana kau boleh tahan dengan apa yang diorang kata tu ha? Aku tak pernah jumpa orang setabah kau ni. Aku nak jadikan kau IDOLA aku lah. Mulai sekarang,...

DIA

Bila diri tak mampu tahan kesakitan Janganlah menjerit dalam kesedihan Tanpa kau sedari Dia datang menghampiri Mengusik jiwa Menyentuh hati Beri kau bahagia Biar kau gembira -25th-

AKU

Image
Ini kisah aku. Bukan kau. Jadi jangan judge penulisan aku.... sekian... -25th-