LEKA
Membaca. Hobi mungkin? Sekadar isi masa lapang. Salah satu aktiviti yang paling digalakkan untuk semua kanak-kanak dan remaja macam aku. Kata mereka, to gain knowledge. To improve one's tatabahasa, grammar dan nahu. Aktiviti yang bagi manfaat pada semua orang.
TAPI..
Bukan aku. Bukan aktiviti yang bermanfaat untuk aku.
Kenapa?
Aku yang tanya. Aku yang akan tentukan jawapan.
Based on my experience, aku gagal untuk dapatkan manfaat dari membaca.
Correction,
Bukan tak dapat manfaat dari apa yang aku baca. Tapi tak dapat manfaat dari aktiviti tu.
Dan kegagalan aku untuk dapatkan manfaat tu, buatkan aku benci membaca.
Sebab aku membaca, semua benda ni terjadi!
Salah aku. Kerana dihamparkan dengan sajian fantasi khayalan nukilan penulis cerita. Aku leka.
Tanpa aku sedar, membaca buat aku jauh dari dunia nyata. Buat ku makin berbeza. Tidak endah hal berlaku di alam manusia.
Aku cuba renungi pada apa silap aku lakui. Aku telusuri definisi hobi yang sebenar.
Hobi ialah semua aktiviti dalaman atau luaran yang dilakukan untuk mengisi masa lapang.
Ya, masa lapang. Hobi untuk mengisi masa lapang. Bukan untuk buat masa kau sempit.
Membaca di luar masa lapang, tiada bezanya dengan aku scroll instagram berjam-jam untuk perkara yang sia-sia.
Anti-social.
Ingat!
Membaca beri kau banyak manfaat. Tapi tidak kurang juga mudarat. Andai kau tersalah saat.
Comments
Post a Comment