Genggam

Hati, raja kepada jasmani. Pemilik seribu satu rasa. Teman setia sang jiwa.
Akal, pemerintah diri. Yang paling bijak, paling bestari. Punya waras tidak ditandingi.
Dua entiti yang paling utama buat diri.
Saat mereka sehaluan, kau yang paling benar. Bila mereka tidak satu tujuan, jaga-jaga, kau yang akan rasa pinar.
Kata orang, berpeganglah pada hati. Kerana hati, bahagia rasa diri.
Katanya pula, ikutkan tunjuk akal. Dengan akal, kau pasti rasa kebal.
Ghairahnya bertikam lisan akibat dua alasan. Implikasinya, kau sendiri rasa kesal.
Kau punya hati dan akal. Namun kedua-duanya terselindung disebalik hijab manusiawi. Tidak jelas di mata, tidak rasa disentuh.
Pesan pada diri, kita punya satu lagi. Dengan izin Ilahi, kekal abadi.
Iman. Kau genggam biar utuh. Tidak jadi sebab akal dan hati mati.

Comments

Popular posts from this blog

AQB❤ II

PERCAYA

REQUEST