HARAPAN

“Jika mereka dapat menakluki dua pertiga dunia, tidak mustahil putera dan puteri Al Irshad mampu menguasai satu dunia,” - Ustaz Suhaizi Semail

Satu ungkapan ringan yang mendukung seribu satu makna yang terselindung. Namun disebalik itu, ungkapan ini membawa sejuta harapan tersirat yang dicitakan oleh penuturnya.

Ya, harapan. Aku yakin harapan ini bukan sahaja terbit daripada hati dan lisan si penutur tapi lebih daripada itu.

Ungkapan ini mungkin- atau pasti- terbit dalam benak para asatizah serta tenaga mualim di Al Irshad - diimpikan oleh sepasang suami isteri yang setia berkorban untuk melihat sebutir permata yang ditatang oleh mereka bersinar - dan menjadi impian seluruh masyarakat majmuk yang hidup terumbang-ambing di kota penuh pancaroba ini, Malaysia, negara aku.

Bagi aku, frasa ‘menguasai satu dunia’ itu agak mengganggu fikiran. Makna frasa ini boleh jadi sama erti dengan…- (Secara jujurnya, aku tak buat research. Aku tulis apa yang terlintas dalam otak.)

-mengambil alih pentadbiran dunia daripada pemimpin yang berkuasa dan mengubah dunia mengikut corak pentadbiran sendiri

- atau cukup sekadar menyelamatkan dunia (hidup) kita daripada anasir luar yang mampu mengancam dengan cara menggunakan akal

- atau berusaha untuk cuba melibatkan diri dalam masalah umum manusia yang hanya akan beri impak kepada kehidupan yang cukup serabut.


Buat research. Kau akan jumpa jawapan.

Kamus dewan mendefinisikan ‘menguasai’ sebagai 
1.      berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa
2.      mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah.

Manakala defini ‘dunia’ ialah 
1.      alam yg kita duduki ini; bumi dan segala yg terdapat di permukaannya
2.       manusia yg hidup di bumi
3.      lapangan; bidang
4.      bahagian bumi (benua, negara dll)
5.      keadaan hidup; keadaan masyarakat

Jadi secara keseluruhannya, menguasai dunia boleh dikategorikan sebagai sebuah kuasa yang bakal merubah dan mencorak semula kehidupan manusia – tidak kira dari segi pentadbiran, ekonomi, sosiologi atau peradaban. 

Tapi,… 
…caranya…? 

" Barang siapa yang ingin menguasai dunia maka harus memiliki ilmu dan barang siapa yang ingin menguasai akhirat maka harus memiliki ilmu dan barang siapa yang ingin menguasai keduanya maka harus memiliki ilmu." (H.R Bukhari Muslim)  

So? 
Dapat apa yang aku nak sampaikan?

Sometimes jadi introverto why not?


(Maybe bosan sikit, thanks sebab baca.)

Comments

Popular posts from this blog

AQB❤ II

PERCAYA

REQUEST