Kita cuma punya foto lihat ke langit sana, Matahari merembeskan sinarnya buat kita hampir buta, Kita gagahkan juga lihat kamera, Hasilnya tak seberapa tapi cukup buat kita rasa sempurna. Waktu kian berdetik suntuk, Kita semakin pula sibuk. Tuhan izinkanlah, Aqrabkan satu poin satu lima. Moga ukhuwah hingga ke Syurga. akal abstrak -adab Srikandi Aqrabin Arjuna Aqrabin
Kata orang, "Trust nobody" Aku masih tercari-cari makna kata ini. Kepercayaan. Bukan senang didapati. Tonggak utama dalam sesuatu perhubungan. Faktor pertama amanah dilepaskan. Once, kepercayaan itu sirna, pujuk rayu kau tak ada guna. Jangan remehkan sesuatu yang bagi seseorang itu, lebih daripada sesuatu. Bagi aku, kepercayaan itu sesuatu, yang maknanya seluas beribu batu. Jujur, aku mudah percayakan seseorang yang aku anggap boleh dipercayai. Kerana itu, aku mudah tertipu. Tertipu dengan kepercayaan aku sendiri. Kecewa-sedih-marah? Namun masih kepercayaan aku direndahkan. Bukan sekali, tidak yang kedua. Rasanya dah banyak aku beri kau peluang... berbicara-aku percaya-kau dusta. AWAS! Bila aku dah tak percaya. "..." >>>>> <<<<< "Weh, kau percaya ke yang aku cakap semalam? Hahahaha..." "Kau tipu aku ke?" "Yang kau percaya asal? Hahaha..." "......
Dah lama dah, seseorang tu buat permintaan nak baca sajak bulan bahasa yang menang nombor satu tahun lepas. Sajak ni aku siapkan dekat rumah sebab kena print , tapi semua ilham untuk hasilkan sajak ni aku dapat masa tunggu ayah aku dekat surau. Ya, dekat surau. Aku ingat lagi, dekat tangga surau. So, here your request. Sebuah sajak “Bahasa Jiwa Bangsa” hasil nukilan Nabilah Adibah Bt Mohd Jamil. BAHASA JIWA BANGSA Bahasa, Dengannya kau tutur kata, Dengannya kau laku kerja, Dengannya sejarah tercipta. Wahai anak bangsa! Adakah kau sudah lupa? Dahulu megah rentas samudera, Menjadi nadi lingua franca, Timur, Barat, Eropah berniaga, Mudik ke darat tak akan lupa. Wahai anak bangsa! Adakah kau masih lena? Ketika kita ditujah senapang Mereka ragut dengan tenang Resah di hati bukan kepalang, Melihat mereka sudah menang, Wahai anak bangsa! Adakah kau telah lupa? Telatah asing merubah dunia Adat resam, budaya dan bahasa, Telah sirna da...
Comments
Post a Comment