Posts

Showing posts from 2018

2018

15. Dua angka yang paling membahagiakan. Tahun yang paling bermakna. Tahun yang mana kebanyakan senior akan kata,  "Zaman Form 3 ni paling best. Masa tu ukhuwah korang akan jadi betul-betul rapat. Sebab masa tu baru korang kenal erti persahabatan dan ikatan sebagai satu batch." Terima kasih. Terima kasih kerana ajar aku makna hidup bila di atas dan di bawah. Ajar aku gagah melangkah. Ajar aku tunduk berhemah. Ajar aku sujud menyembah. Untuk ummi, ayah, kakak dan adik-adik. Terima kasih kerana sentiasa berada di suatu sudut. Walaupun anyah jarang tahu sudut yang mana, sekurang-kurangnya anyah tahu korang semua sentiasa ada. Sayang korang semua. Untuk geng aku, yang enam atau yang lapan atau yang sebelas, korang memang yang paling terbaik. Tanpa korang, apalah erti 15. Tak boleh aku bayangkan hidup korang tanpa aku. Ehh... Hidup aku tanpa korang. Tak cukup satu muka surat untuk ceritakan memori itu semua. Kalau rajin aku buat satu post. Desaklah aku untuk tulis apreci...

ALHAMDULILLAH

Image
Ya Khaliq! Kekalkan kami sebagai hamba-hamba yang sujud bersyukur dengan-Mu dan masih tunduk patuh kepada-Mu. Tahniah Aqrabin.  Terima kasih ummi ayah.  Terima kasih cikgu. Terima kasih Allah. Untuk ibu ayah dan cikgu, kami pulangkan kejayaan ini buat kalian, agar terbit sekuntum senyuman, sebagai secebis balasan jasa dan pengorbanan. Untuk engkau yang gembira, kekalkan tundukmu, kepada ibu bapa, guru juga teman, semoga kejayaan daripada redha Tuhan. Untuk yang sedang belajar menerima, buka hatimu, tawakallah, tetapkan iman dan percaya, sungguh, rancangan Al Malik itu indah.

131218

Image
“Hey! What’s about your PT3? Everything's good?” Alamdulillah! We have done our best and insya Allah, “And those who strive for Us- We will surely guide them to Our ways. And indeed, Allah is with the doers of good.’ -Al Ankabut : 69   It is, when people say exam is tiring. 15 papers to be answer in a week, 3 in a day. Penat gila. Give up? Not a good idea. At last, we managed to survive in all sort of ways. Good job guys. Trust me, sometimes, keeping your ass on the chair and your eyes on the white board, listening to the lecture will be the most pleasant things to do in the world. Hehehe… gurau je. Ok let’s move on. Today is 12 th of December. Means, there are another day left before 13/12/18. Excited? Takut? Nervous? Teruja? Those will haunting us. Rest assured gang, we did our best, YEAH! I could see, many of us are worried about the results. ALL OF US. It's alright. Normal lah untuk rasa risau, nervous semua tu...

IT IS...

Image
Assalamulaikum, holla peers🙌! I just got my blog back after almost 4 month! It’s been suspended all this time lol. Arguing and negotiating with blogger.com was never easy tho. Finally, it’s time for a comeback yeahh 😆!!! To be honest, I have no idea what to post. This is very random from my thought. I’ve been thinking, maybe there’s some reason why my blog has been suspended. Yes, it’s for PT3 sake for sure! O Allah, thanks for keeping me away from my blog all these while and let me focused on my studies. However, it is so sad not posting anything before PT3 examination :’( Yeah, at least a post wishing bittaufiq wannajah for Aqrabin and PT3 candidates. Huhuhu sorry guys. Aku tak pasti lepas ni (i mean next year) post aku akan jadi kerap atau tak, huhuhu... Doalah aku rajin menaip next year okies? Bye for now👋. akal abstrak -adab

AQB❤ II

Image
Kita cuma punya foto lihat ke langit sana, Matahari merembeskan sinarnya buat kita hampir buta, Kita gagahkan juga lihat kamera, Hasilnya tak seberapa tapi cukup buat kita rasa sempurna. Waktu kian berdetik suntuk, Kita semakin pula sibuk. Tuhan izinkanlah, Aqrabkan satu poin satu lima. Moga ukhuwah hingga ke Syurga. akal abstrak -adab Srikandi Aqrabin Arjuna Aqrabin

NUR RAMADAN

*Aku tak tulis nama watak sebab aku tak ingat pun siapa yang terlibat dalam perbualan ni. Siapa yang rasa dia terlibat dan berhak ke atas dialog ni, boleh claim coki coki lepas raya. Aku tak akan tulis nama korang pun even korang minta. Itu prinsip.* “Weh, apa kata aku hantar lebih daripada satu? BADAR tak tetapkan pun berapa penyertaan seorang pelajar boleh sertai.” “Boleh Deeb. Untuk hang semua boleh.” “Serius ahh. Aku nak hantar lebih daripada satu ni. Aku hantar tiga. Satu aku letak nama hang, satu lagi aku letak nama hang. Yang paling elok sekali letak nama aku. Hahahah.” “Boleh boleh. Tapi nanti kalau menang aku naiklah eh?” “Wuish, mana boleh. Aku lah kena naik kalau menang.” “Kalau tiga-tiga menang? Tak kan hang nak naik pentas ambil hadiah untuk tiga-tiga kot. Kantoi lah.” “Betul juga kan. Kalau tiga-tiga menang (cofident je lebih) macammana? Hmmmm… Ha! Apa kata aku letak nama tipu? Satu letak nama Aidil Bin Fitri. Satu letak nama Nur Binti Ramadan...

EXAMINEE

Image
Ragam manusia, bila ‘masanya’ hendak tiba. Ada yang baru tulis nota, buku teks tebal katanya. Ada yang baru hendak baca buku, entah-entah, buku pun baru hendak buka, tercari-cari dalam tas. Ada yang mulutnya terkumat-kamit, sedang ingat hafalan semalam. Ada yang menggelabah, padah baca di akhir saat. Ada yang tak tahu apa-apa, Lelap sahaja kerjanya. Lalu tebal muka terpaksa bertanya, “Weh, sejarah masuk sampai bab berapa?” Ada yang baca seorang diri, ada yang buat diskusi. Tapi jangan nanti kau tanya, kenapa keputusan tak sama dengan dia? Ada yang tenang, Tidak perlu baca, semua dalam kepala. Suara yang nyaring, tolong pekakkan telinga. “Payah ah ‘gifted’ ni!” Ingat! Mungkin fokusnya lebih kepada madah  al mudaris . Ada yang sudah sedia dengan pen di tangan, Berbekal solat di tengah malam, tawakkalnya pada Tuhan. Walau apa pun ragam mereka, Semangat dan usaha mereka jangan sekali direndahkan. ...

1.15

Image
AQRABIN 1620 Completed? (smile everytime see this pic) “Kalau tengok gred purata Tingkatan Tiga untuk UP 1, semakin menurun. Dari 2016 ke 2017 ke 2018, semakin jatuh dan jatuh. Mungkin kalau kamu tengok nampak biasa ja. Nampak tak ada apa-apa pun. Tapi bagi pihak pentadbiran, bagi guru-guru, nombor-nombor ini amat membimbangkan.”       *Ustaz Azli’s confession make us kerai :’( Jumaat baru-baru ni, lepas baca Yassin dekat surau, kami semua dah sedia maklum yang PJ tak ada sebab Ustaz Azli nak jumpa. Katanya ‘Dialog Prestasi Pelajar Tingkatan Tiga’. Since result UP 1 dah keluar dan dengan “cemerlangnya” kami dapat result yang agak merisaukan banyak pihak, dialog prestasi ini diadakan bagi membincangkan tentang beberapa isu yang berkaitan dengan pencapaian kurikulum itu termasuklah… “Kenapa result boleh jatuh?” “Kenapa ada pelajar yang tak dapat satu A pun?” “Apa kamu nak buat kalau mata pelajaran tu susah?” “Bagaimana nak tingkatka...

REQUEST

Dah lama dah, seseorang tu buat permintaan nak baca sajak bulan bahasa yang menang nombor satu tahun lepas. Sajak ni aku siapkan dekat rumah sebab kena print , tapi semua ilham untuk hasilkan sajak ni aku dapat masa tunggu ayah aku dekat surau. Ya, dekat surau. Aku ingat lagi, dekat tangga surau. So, here your request. Sebuah sajak “Bahasa Jiwa Bangsa” hasil nukilan Nabilah Adibah Bt Mohd Jamil. BAHASA JIWA BANGSA Bahasa, Dengannya kau tutur kata, Dengannya kau laku kerja, Dengannya sejarah tercipta. Wahai anak bangsa! Adakah kau sudah lupa? Dahulu megah rentas samudera, Menjadi nadi lingua franca, Timur, Barat, Eropah berniaga, Mudik ke darat tak akan lupa. Wahai anak bangsa! Adakah kau masih lena? Ketika kita ditujah senapang Mereka ragut dengan tenang Resah di hati bukan kepalang, Melihat mereka sudah menang, Wahai anak bangsa! Adakah kau telah lupa? Telatah asing merubah dunia Adat resam, budaya dan bahasa, Telah sirna da...

#worldpoetryday

Dia, mahu mengejar satu impian, mungkin tidak akan kesampaian, lalu terjeda di tengah jalan, Tuhannya, memberi dia rasa, menyematkan di dada, mengajar dia bicara. Insan ini, sekali lagi memahami, bahawa Tuhannya yang Satu ini, tahu lebih dari segala isi duniawi. Wahai diri kerdil, patuhlah oleh engkau taatlah oleh  engkau kepada Al Quddus. Pemilik jiwa yang tandus. _________________________________________________________________________________ Aksara yang bermain di minda, seakan-akan cuba untuk tidak menjelma. Cuba tunduk tafakur dalam diam, mashyghul dengar nista sepanjang malam. Biarkan mereka. Mereka tidak tahu erti perit, dan tak mahu tahu rasa sakit. Biarkan mereka, itu sifat manusia biasa. Kita? Lebih dari biasa. Luar biasa? Mungkin. _________________________________________________________________________________ 21032018 akal abastrak  -adab

AQB❤

“Apa nama  batch Form 3? Muqqarab…Muqarabin?” “AQRABIN!” “Ha! Aqrabin.  Ustaz suka dengar Aqrabin tu. Yang akrab. Jadi batch Aqrabin pulak kena kekalkan kecemerlangan Al Irshad untuk PT3 yang akan datang ni.” -Ustaz Azli …kekalkan… …kecemerlangan… …Al Irshad... Noted.