#worldpoetryday


Dia,
mahu mengejar satu impian,
mungkin tidak akan kesampaian,
lalu terjeda di tengah jalan,

Tuhannya,
memberi dia rasa,
menyematkan di dada,
mengajar dia bicara.

Insan ini,
sekali lagi memahami,
bahawa Tuhannya yang Satu ini,
tahu lebih dari segala isi duniawi.



Wahai diri kerdil,
patuhlah oleh engkau
taatlah oleh engkau
kepada Al Quddus.
Pemilik jiwa yang tandus.

_________________________________________________________________________________


Aksara yang bermain di minda,
seakan-akan cuba untuk tidak menjelma.
Cuba tunduk tafakur dalam diam,
mashyghul dengar nista sepanjang malam.

Biarkan mereka.
Mereka tidak tahu erti perit,
dan tak mahu tahu rasa sakit.
Biarkan mereka,
itu sifat manusia biasa.

Kita?
Lebih dari biasa.
Luar biasa?
Mungkin.


_________________________________________________________________________________


21032018 akal abastrak 
-adab

Comments

Popular posts from this blog

AQB❤ II

PERCAYA

REQUEST