NUR RAMADAN

*Aku tak tulis nama watak sebab aku tak ingat pun siapa yang terlibat dalam perbualan ni. Siapa yang rasa dia terlibat dan berhak ke atas dialog ni, boleh claim coki coki lepas raya. Aku tak akan tulis nama korang pun even korang minta. Itu prinsip.*

“Weh, apa kata aku hantar lebih daripada satu? BADAR tak tetapkan pun berapa penyertaan seorang pelajar boleh sertai.”

“Boleh Deeb. Untuk hang semua boleh.”

“Serius ahh. Aku nak hantar lebih daripada satu ni. Aku hantar tiga. Satu aku letak nama hang, satu lagi aku letak nama hang. Yang paling elok sekali letak nama aku. Hahahah.”

“Boleh boleh. Tapi nanti kalau menang aku naiklah eh?”

“Wuish, mana boleh. Aku lah kena naik kalau menang.”

“Kalau tiga-tiga menang? Tak kan hang nak naik pentas ambil hadiah untuk tiga-tiga kot. Kantoi lah.”

“Betul juga kan. Kalau tiga-tiga menang (cofident je lebih) macammana? Hmmmm… Ha! Apa kata aku letak nama tipu? Satu letak nama Aidil Bin Fitri. Satu letak nama Nur Binti Ramadan? Yang lagi satu letak nama aku? ”

Semuanya bermula dengan idea aku kononnya nak tengok ketiga-tiga karya intelektual aku terpilih untuk menang pertandingan Bingkisan Ramadan sempena Majlis Ihya’ Ramadan 1439 di sekolah. Tahun ni memang aku dah niat nak masuk Bingkisan Ramadan sebab tahun lepas, aku tak berani nak masuk. Tapi lepas tengok seorang kawan aku jadi johan pertandingan tu, terdetik dalam hati aku, kenapa aku tak cuba juga?

Dek kerana rasa tercabar dengan kawan aku tu, aku pun cuba lah nasib dengan pertandingan menulis puisi yang lain tapi bukan untuk Ihya’ Ramadan lah. Aku masuk pertandingan Sajak Bulan Bahasa (cuba scroll post aku sebelum ni, ada lah sajak tu, Bahasa Jiwa Bangsa) . Alhamdulillah, sajak aku terpilih untuk jadi pemenang tempat pertama untuk kategori menengah rendah. Sejak dari situ lah aku ada secebis keyakinan bahawa Insya Allah puisi aku boleh diterima ramai.

Berbalik pada topik asal, idea aku kononnya nak hantar tiga penyertaan akhir sekali aku cuma hantar dua je sebab ketandusan idea. Bak kata Cikgu Sobariah, tidak ada ilmu. Disebabkan oleh tarikh tutup penyertaan Isnin minggu lepas, aku dah mula menulis sejak hari Selasa  (atau Rabu? Aku tak ingat) dua minggu lepas. Bab menulis ni senang je. Cuma bila nak dapat ilham dan idea tu susah sikit sebab idea dan ilham takkan selalu muncul bila kau tengah berfikir.

Most of the time, idea aku datang macam  zuppp, tiba-tiba je. Korang bayangkan, tengah-tengah aku solat tarawikh berjemaah dekat Surau Al Ansori, zuppp dia sampai. Tak tenang aku solat rakaat tu. Mengikut kepercayaan dan teori aku sendiri, bila ilham kau datang ketuk otak kau, perkara pertama yang kau kena buat ialah TULIS. Tulis je dekat mana-mana hatta dekat atas tangan kau sekali pun. Nak pakai atau tak idea tu, belakang cerita. Hal ini kerana, salah satu perkara yang paling ditakutkan oleh penulis ialah kehilangan idea sama ada disengajakan atau tidak, contohnya macam terlupa.

Jadi, habis je rakaat tu, aku terus keluar dari surau, cari apa-apa kertas atau buku kosong dekat surau untuk tulis satu baris tadi. Tapi selalunya, bila aku dah dapat satu baris, aku dah boleh mula gubah bait-bait baris seterusnya. Macam tu lah serba sedikit macam mana aku dapat idea untuk tulis puisi atau sajak aku. Untuk sesiapa yang nak cari idea dan ilham, aku sarankan untuk cuba cari dekat surau (Yang ni serius, sajak Bahasa Jiwa Bangsa tu pun aku olah dekat Surau Al Ansori) sebab selalunya surau ni bila tak ada orang, tenang. Senang ilham tu nak datang. Allah hantar dan bantu mudahkan ilham tu datang kepada kita. Tajdid niat dan yakin pada  Khaliq, insya Allah.

Plan asal dua minggu lepas nak campur adukkan dulu semua yang aku dah gubah, nanti Sabtu atau Ahad baru susun balik. End up, waktu deadline day, hari Isnin minggu lepas, habis sekolah baru aku susun dan tulis semula semuanya. Kalut habis.

“Weh, nak letak nama apa?”

“Letak nama aku”

*Serious bruh?

“Letak jelah nama hang.”

“Tak boleh. Nanti kena disqualified sebab ada dua penyertaan macam mana? Sia-sia je,”

“Letak je lah nama Nur Binti Ramadan tu.”

“Serius ni? Aku letak betul-betul ni?”

“Buat ja. Lagi satu letak nama Aidil Bin Fitri tu.”

“Mana boleh. Kalau menang nanti, takkan aku kena pergi ambil pula? Nama lelaki tapi perempuan pula yang ambil hadiah. Letak nama aku je lah ok?”

“Letak je lah nama hang pun”

“Ok dah settle. Jom.”

Konklusinya, inilah ceritanya bagaimana boleh terfikir nak letak nama Nur Ramadan tu. Macam yang aku cakap tadi, semuanya datang macam zuppp. Lepas hantar dua bingkisan tu, Alhamdulillah. At least aku dah boleh tawakkal. Sampailah hari rabu minggu lepas, bila Ketua Pelajar buat pengunguman untuk nama-nama yang disebut tunggu dekat surau lepas tazkirah Zohor, nama Nur Binti Ramadan pun sekali kena petik! Ha! Cuak habis aku masa tu. Tangan dah sejuk. Bibir dah menggeletar. Mana tak nya, itu aku tapi bukan nama aku! Aku cuba cari kawan-kawan aku. Nampak je senyuman dan kekekan ketawa diorang, lega sikit rasa. Aku cuma mampu gelak je masa tu. Sumpah tak tahu nak buat apa. Malu pun ada. Gementar pun ada. Allah je tahu rasa waktu tu.

Untuk yang bertanya, aku nak jawab ni.

Ya, Nur Ramadan itu aku.



RAMADAN KARIM by Nur Ramadan.

Ramadan Karim,
Bersyukurku dipertemukan lagi,
Dengan bulan yang paling dinanti,
Sujud aku sembahkan pada Ilahi,
Doa daku dikabul Rabbul Izzati.

Ramadan Karim,
Di siang mu ku sempurnakan siyam,
Di malam mu ku sembunyikan qiyam,
Kerna bagi ku harga ibadah itu,
Biar Al Wasi’ yang jadi penentu.

Ramadan Karim,
Di awal mu ialah rahmah,
Di tengah mu ialah maghfirah,
Di akhir mu ialah pelepasan daripada api neraka.

Ramadan Karim,
Kau jadi pintu episod taubat seorang pendosa,
Kau jadi penguat bagi seorang yang putus asa,
Kau jadi asbab insan waras daripada leka.

Ramadan Karim,
Satu malam menjadi rahsia,
Malam itu anugerah pencipta,
Kala Lailatul Qadar ibadah diganda,
Malam yang lebih baik daripada seribu purnama.

Ramadan Karim,
Bulannya penuh manfaat,
Di akhirat menjadi syafaat,
Kepada Khaliq ku memohon takdir,
Merayu Ramadan ini bukan yang terakhir.

notakaki- puisi ini dipilih menjadi pemenang tempat kedua pertandingan Bingkisan Ramadan sempena Majlis Ihya' Ramadan 1439. Pemenang tempat pertama tahun lepas masih mengekalkan kejuaraan. Alhamdulillah dan tahniah buat dua gadis yang tiada 'Nur' diawal nama.

akal abstrak -adab

Comments

Popular posts from this blog

AQB❤ II

PERCAYA

REQUEST