1.15


AQRABIN 1620
Completed?
(smile everytime see this pic)

“Kalau tengok gred purata Tingkatan Tiga untuk UP 1, semakin menurun. Dari 2016 ke 2017 ke 2018, semakin jatuh dan jatuh. Mungkin kalau kamu tengok nampak biasa ja. Nampak tak ada apa-apa pun. Tapi bagi pihak pentadbiran, bagi guru-guru, nombor-nombor ini amat membimbangkan.” 
    
*Ustaz Azli’s confession make us kerai :’(

Jumaat baru-baru ni, lepas baca Yassin dekat surau, kami semua dah sedia maklum yang PJ tak ada sebab Ustaz Azli nak jumpa. Katanya ‘Dialog Prestasi Pelajar Tingkatan Tiga’.

Since result UP 1 dah keluar dan dengan “cemerlangnya” kami dapat result yang agak merisaukan banyak pihak, dialog prestasi ini diadakan bagi membincangkan tentang beberapa isu yang berkaitan dengan pencapaian kurikulum itu termasuklah…

“Kenapa result boleh jatuh?”
“Kenapa ada pelajar yang tak dapat satu A pun?”
“Apa kamu nak buat kalau mata pelajaran tu susah?”
“Bagaimana nak tingkatkan usaha untuk PPT lepas ni?”

Okay. That’s the loads of question. Honestly saying, aku pun tak ambil berat sangat pasal UP1. Baru UP1 kot. Rilek ahh.

Tapi lepas dengar nada kekecewaan ustaz, rasa serba salah pula.

Aku bukan tak score sangat pun. Cuma aku rasa 2/9 A tu macam antara penyebab kejatuhan GP batch kami. Sebab rasa jauh lagi nak capai GP 1.15.

Seriously jauh.

1.15 tu maksudnya majoriti A.

Tapi…

…lepas tengok semangat kawan-kawan nak naikkan GP batch ke 1.15, my tears drop :’).

Sumpah! Terharu gila tengok semangat korang. Dalam group whatsapp batch, dalam status whatsapp, dalam story Instagram, dekat Twitter, semua lah.

Perkara tu beri 1001 motivasi dan inspirasi untuk kita sama-sama bantu naikkan GP batch.

Kawan-kawan, terima kasih. 😊




Comments

Popular posts from this blog

AQB❤ II

PERCAYA

REQUEST