Posts

Showing posts from August, 2017

K

Kadang-kadang, bila kita cakap kita tak sedar yang kita dah guris hati si pendengar. Senyap menghiris. Tapi, pisaunya tajam, lukanya dalam. Kawan, Hati-hati. Andai diri tak memaafi. Takut tak bertemu di alam nanti. Nasihat aku, jangan guna K .

Tomorrow

Zip up, keep calm and stay steady. There's another day to face with all of your heart, mind and soul. But don't forget... always bring your faith😊

Àĺphă

Becoming a strong person is much different. For once, I hope not being strong anymore. But I failed. Because life is leading me along the flow and stop at the point where I should stand. I am strong. Strong enough to ignore those weaker who's pull me down. I heard they say... "Watch out! There's an ALPHA GIRL!" At last, I win.

Genggam

Hati, raja kepada jasmani. Pemilik seribu satu rasa. Teman setia sang jiwa. Akal, pemerintah diri. Yang paling bijak, paling bestari. Punya waras tidak ditandingi. Dua entiti yang paling utama buat diri. Saat mereka sehaluan, kau yang paling benar. Bila mereka tidak satu tujuan, jaga-jaga, kau yang akan rasa pinar. Kata orang, berpeganglah pada hati. Kerana hati, bahagia rasa diri. Katanya pula, ikutkan tunjuk akal. Dengan akal, kau pasti rasa kebal. Ghairahnya bertikam lisan akibat dua alasan. Implikasinya, kau sendiri rasa kesal. Kau punya hati dan akal. Namun kedua-duanya terselindung disebalik hijab manusiawi. Tidak jelas di mata, tidak rasa disentuh. Pesan pada diri, kita punya satu lagi. Dengan izin Ilahi, kekal abadi. Iman. Kau genggam biar utuh. Tidak jadi sebab akal dan hati mati.

Hanyut

Kadang, aku rasa aku je yang betul. Tapi, aku salah. Bukan semua kata aku betul. Perlu terima juga pendapat orang lain. Aku ni, senang terpengaruh dengan persekitaran. Kena pandai bawa diri. Kalau ralit, ... hanyut.

LEKA

Membaca. Hobi mungkin? Sekadar isi masa lapang. Salah satu aktiviti yang paling digalakkan untuk semua kanak-kanak dan remaja macam aku. Kata mereka, to gain knowledge. To improve one's tatabahasa, grammar dan nahu. Aktiviti yang bagi manfaat pada semua orang. TAPI.. Bukan aku. Bukan aktiviti yang bermanfaat untuk aku. Kenapa? Aku yang tanya. Aku yang akan tentukan jawapan. Based on my experience, aku gagal untuk dapatkan manfaat dari membaca. Correction, Bukan tak dapat manfaat dari apa yang aku baca. Tapi tak dapat manfaat dari aktiviti tu. Dan kegagalan aku untuk dapatkan manfaat tu, buatkan aku benci membaca.  Sebab aku membaca, semua benda ni terjadi! Salah aku. Kerana dihamparkan dengan sajian fantasi khayalan nukilan penulis cerita. Aku leka. Tanpa aku sedar, membaca buat aku jauh dari dunia nyata. Buat ku makin berbeza. Tidak endah hal berlaku di alam manusia. Aku cuba renungi pada apa silap aku lakui. Aku telusuri definisi hobi yang sebenar. ...

اللغة

Aku bukan orang seni, Atau pencinta alami, Apatah lagi kulinari, Sains dan Matematik, Sukar nak kuasai, Sekurangnya aku cuba, Cuba dalam gelita, Dalam gelita aku meraba, Meraba mencari pelita, Sekarang aku sedar, Aku punya lebih dari segala, Bakat kurniaan Rabbi, Akan cuba ku selami, Dengan prosa, kata dan bahasa, Aku ukir satu persatu Dalam jiwa mencari ilmu Hingga capai tujuan itu Metafora, hiperbola jadi permainan Aku kaji, aku gali, aku fahami Ku ungkap semua rasa dalam satu madah Menjadi bukti kukuhnya cinta aku pada al-lughati