Posts

Showing posts from March, 2018

REQUEST

Dah lama dah, seseorang tu buat permintaan nak baca sajak bulan bahasa yang menang nombor satu tahun lepas. Sajak ni aku siapkan dekat rumah sebab kena print , tapi semua ilham untuk hasilkan sajak ni aku dapat masa tunggu ayah aku dekat surau. Ya, dekat surau. Aku ingat lagi, dekat tangga surau. So, here your request. Sebuah sajak “Bahasa Jiwa Bangsa” hasil nukilan Nabilah Adibah Bt Mohd Jamil. BAHASA JIWA BANGSA Bahasa, Dengannya kau tutur kata, Dengannya kau laku kerja, Dengannya sejarah tercipta. Wahai anak bangsa! Adakah kau sudah lupa? Dahulu megah rentas samudera, Menjadi nadi lingua franca, Timur, Barat, Eropah berniaga, Mudik ke darat tak akan lupa. Wahai anak bangsa! Adakah kau masih lena? Ketika kita ditujah senapang Mereka ragut dengan tenang Resah di hati bukan kepalang, Melihat mereka sudah menang, Wahai anak bangsa! Adakah kau telah lupa? Telatah asing merubah dunia Adat resam, budaya dan bahasa, Telah sirna da...

#worldpoetryday

Dia, mahu mengejar satu impian, mungkin tidak akan kesampaian, lalu terjeda di tengah jalan, Tuhannya, memberi dia rasa, menyematkan di dada, mengajar dia bicara. Insan ini, sekali lagi memahami, bahawa Tuhannya yang Satu ini, tahu lebih dari segala isi duniawi. Wahai diri kerdil, patuhlah oleh engkau taatlah oleh  engkau kepada Al Quddus. Pemilik jiwa yang tandus. _________________________________________________________________________________ Aksara yang bermain di minda, seakan-akan cuba untuk tidak menjelma. Cuba tunduk tafakur dalam diam, mashyghul dengar nista sepanjang malam. Biarkan mereka. Mereka tidak tahu erti perit, dan tak mahu tahu rasa sakit. Biarkan mereka, itu sifat manusia biasa. Kita? Lebih dari biasa. Luar biasa? Mungkin. _________________________________________________________________________________ 21032018 akal abastrak  -adab

AQB❤

“Apa nama  batch Form 3? Muqqarab…Muqarabin?” “AQRABIN!” “Ha! Aqrabin.  Ustaz suka dengar Aqrabin tu. Yang akrab. Jadi batch Aqrabin pulak kena kekalkan kecemerlangan Al Irshad untuk PT3 yang akan datang ni.” -Ustaz Azli …kekalkan… …kecemerlangan… …Al Irshad... Noted.

RINDU

Sumpah. Aku rindu nak menulis, macam dulu. Waktu ilham aku berselerak depan mata. Waktu imaginasi aku kongkong minda. Sekarang, yang tinggal cuma, aku, kertas dan pena. -puisi rindu entiti abstrak Aku tahu, dah lama aku menyepi. Mungkin ada yang tertanya. Mungkin ada yang tidak. Lama betul aku tak menghadap skrin ni. Janggal.  Buat yang tertanya, terima kasih. Anggap saja aku malas dan hilang mood. Lama jugak lah nak kembalikan mood tu. Buat yang tak mahu ambil tahu kenapa, aku tetap hargai sebab terus setia baca. Salam sayang setelah hampir 3 bulan lebih 💕.