EXAMINEE
Ragam manusia, bila ‘masanya’ hendak tiba. Ada yang baru tulis nota, buku teks tebal katanya. Ada yang baru hendak baca buku, entah-entah, buku pun baru hendak buka, tercari-cari dalam tas. Ada yang mulutnya terkumat-kamit, sedang ingat hafalan semalam. Ada yang menggelabah, padah baca di akhir saat. Ada yang tak tahu apa-apa, Lelap sahaja kerjanya. Lalu tebal muka terpaksa bertanya, “Weh, sejarah masuk sampai bab berapa?” Ada yang baca seorang diri, ada yang buat diskusi. Tapi jangan nanti kau tanya, kenapa keputusan tak sama dengan dia? Ada yang tenang, Tidak perlu baca, semua dalam kepala. Suara yang nyaring, tolong pekakkan telinga. “Payah ah ‘gifted’ ni!” Ingat! Mungkin fokusnya lebih kepada madah al mudaris . Ada yang sudah sedia dengan pen di tangan, Berbekal solat di tengah malam, tawakkalnya pada Tuhan. Walau apa pun ragam mereka, Semangat dan usaha mereka jangan sekali direndahkan. ...