Posts

Showing posts from October, 2017

"GANGGU"

Jujur, aku tak suka bila perasaan ni muncul. Tak sedap hati, rasa nak nangis, rasa nak marah, rasa takut, rasa stress, hilang arah. Aku tak tahu kenapa perasaan ni wujud. I need to be peace and calm. Kena kawal. Takut jadi benda lain. Ketenangan, bukan senang nak dapat. Kena cari sendiri. ‘Dia’, satu-satunya orang yang aku cari bila jadi macam ni. Aku tahu aku perlukan dia. Aku tenang dengan dia. Berkat, mungkin? Perasaan ni, buat aku rasa “terganggu”, rasa lain macam. Seolah-olah ada benda lain. Tapi aku tak pasti. Aku cuba positif. Mungkin perasaan aku je. Apa yang pasti, aku tak suka rasa ni. >>>>> <<<<< “Budak Irshad ni biasalah. Bila time nak dekat-dekat exam ni macam-macam nak jadi. Biasalah, stress. Bila dia stress, nanti mulalah. Tiba-tiba menjerit. Tu yang kecoh satu sekolah tu. Selalunya pelajar puterilah yang akan jadi,” Kata-kata Ustaz Shahril tiba-tiba menyelinap dalam fikiran aku. Betul ke boleh jadi macam tu? Sebab st...

PERCAYA

Image
Kata orang,  "Trust nobody" Aku masih tercari-cari makna kata ini. Kepercayaan. Bukan senang didapati. Tonggak utama dalam sesuatu perhubungan. Faktor pertama amanah dilepaskan. Once, kepercayaan itu sirna, pujuk rayu kau tak ada guna. Jangan remehkan sesuatu yang bagi seseorang itu, lebih daripada sesuatu. Bagi aku, kepercayaan itu sesuatu, yang maknanya seluas beribu batu. Jujur, aku mudah percayakan seseorang yang aku anggap boleh dipercayai. Kerana itu, aku mudah tertipu. Tertipu dengan kepercayaan aku sendiri. Kecewa-sedih-marah? Namun masih kepercayaan aku direndahkan. Bukan sekali, tidak yang kedua. Rasanya dah banyak aku beri kau peluang... berbicara-aku percaya-kau dusta. AWAS! Bila aku dah tak percaya. "..." >>>>> <<<<< "Weh, kau percaya ke yang aku cakap semalam? Hahahaha..." "Kau tipu aku ke?" "Yang kau percaya asal? Hahaha..." "......

PAT*

Image
"Macam mana exam? Boleh jawab?" Ummi tanya. "Bolehlah.." Jawapan cliche aku setiap kali orang tanya pasal exam. Malas nak jawab lebih-lebih. Pejam celik pejam celik, PAT dah habis. Exam yang menguji ketahanan mental dan fizikal aku. Exam yang soalannya paling mencabar since it include semua bab Form 2. Exam yang buatkan aku study macam betul-betul student perlu study. Penat? Kegilaan apakah kalau tak penat. Tapi aku tahu it's going to be worth it. Sabar.  Antara subjek yang aku rasa Insya-Allah ada harapan sikit untuk dapat better marks daripada PPT** termasuklah, KH, B.Arab, Math and Science. Bukan sebab aku expert ke apa, cuma sebab senang lagi daripada  PPT haritu. Next year Form 3, PT3, study. Tahun depan dah lain. Lebih strict. Tuisyen, extra class, stay up. And time Form 3 adalah zaman diantara you're being lower or upper students. Nak still kebudak-budakan atau dah start mature. Kau pilih. And aku pretty sure tahun depan akan jadi extra ext...